Blogger Layouts
Always laugh when you can. It is cheaper than medicine…

Tuesday, July 10, 2012

AL-Fatihah

Dah lama tak update blog...
Banyak peristiwa dan hal yang berlaku sepanjang sem ni di Universiti Teknikal Malaysia Melaka...

Bulan lepas, banyak sangat perkara yang menyayat hati berlaku...
13 Jun 2012... 
Abah we, atok kepada kekasih hati ini(faiq ashraf) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini..
Kemudian genap 7malam kenduri arwah,
Mak we,,
nenek dia pula menyusul langkah mengikuti suaminya yang telah pergi dulu seminggu sebelumnya..

Ya Allah,,walaupun aku masih tiada apa-apa kaitan atau hubungan apa-apa dengan mereka,
tapi aku selalu berjumpa arwah berdua,
singgah rumah arwah, berborak dengan arwah..
Aku jua terkena tempiasnya..
Aku sedih..Aku tak sangka..

Yang paling aku sedih,
Sehari sebelum arwah mak we pergi menghadap Ilahi.
arwah selalu memanggil-manggil namaku,,
Meminta aku buat itu ini untuknya..
Terkilan, sedih sangat...
Tapi Alhamdulillah,,aku berjasa sedikit untuk diri arwah..
Walaupun aku bukan siapa-siapa, 
tapi aku berpeluang menjaga dirinya..
Terima Kasih Ya Allah...

Semoga kedua-dua arwah tenang di sana..
Dan di tempatkan di sisi Hamba-Mu yang beriman lagi soleh..
Al-Fatihah jua untuk kedua ibu bapaku yang telah 9 tahun pergi meninggalkanku,
menghadap Ilahi...
Semoga Mak dan Ayah bahagia dan tenang di sana..

Ayu sayang kalian semua...
sayang sangat-sangat...

Al-Fatihah...

Wednesday, June 27, 2012

kuruskan badan..

sekarang selalu sangat bergaduh...
sebab aku terlebih sensitif..
aku da gemuk,,
berat dah jadi berapa da..

aku kena kuatkan semangat, kuatkan tekad..
perlu turunkan berat semula..
paling kurang 55kg dulu..

aku takut jadi gemuk..
nanti aku letih..
nanti aku penat..

kurus,,kurus,,kurus,,,,
i can do it!
i can do it!!!!

U CAN DO IT BAYU!!!

Wednesday, May 9, 2012

I Love To See Your Smile


He smile...
I really love his smile..
Senyuman yang mampu mencairkan hatiku..

Thanks Sayang..
Kerana sudi mengukirkan senyuman yang manis untuk diri ini..
Senyuman yang mampu mengubati hati ini ketika bersedih..

Sayang...
I Love you..
Thanks for everything...

Saturday, April 21, 2012

Luahan rasa

Something happen,,,,
between me and him...
Tak tau lah sampai bila benda nie akan berlarutan..
Hilang arah, hilang kekuatan...
Tapi tiba-tiba terdetik satu rasa kecil didalam hati,
aku masih ada Allah yang satu...
Astaghfirullahalazim.....
Maafkan hamba-Mu ini Ya Allah..
Aku leka, aku lalai...

Biasalah,,,
nama pun manusia...
sentiasa ingat Allah ketika ditimpa kesusahan, kesakitan...
aku juga tergolong dalam golongan itu..
Maafkan aku Ya Allah...
Maafkan hambaMu ini..

 
 

Friday, January 20, 2012

Berjauhan seketika..

Ya Allah..
Sakitnya berjauhan ini..
Tak pernah ku tanggung rasa sakit berjauhan ini..
Sesungguhnya kini aku sedar..
Aku terlalu perlukan dia disampingku..
Di dalam hidupku..
Cuma dia..

Sebulan..
Bukan jangka masa yang pendek untuk aku berjauhan dengan dia..
Terlalu lama sebulan itu..
Baru sehari aku berjauhan dengannya,
Aku jadi terlalu rindukan dia..

Ya Allah..
Kau permudahkanlah urusan kami..
Janganlah Kau uji ku dengan ujian yang tak tertanggung olehku..
Sesungguhnya aku insan yang lemah Ya Allah..
Amin...

Thursday, January 19, 2012

Selamat Hari Lahir Shayang....

Hari ni dah 19 Januari 2012. 
Semalam 18 Januari 2012, 
aku habiskan masa aku bersama dengan dia. 
Aku sambut hari lahir dia yang ke-24 tahun.. 
Selamat Hari Lahir sayangku.. 
Semoga sayang panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki..
dan semoga hubungan cinta, kasih sayang yang terjalin antara kita berdua akan lebih bermakna dengan suatu ikatan yang sah sayang.

Maafkan ma sayang..
Tiada hadiah istimewa dari ma untuk b..
Hanya ucapan, sebuah buku yang mengandungi doa2 dan masa-masa mama yang 
dapat ma berikan pada sayang..
Maafkan ma b.. 
InsyaAllah, 
andaikata tertulis bahawa kita di takdirkan bersama dan jodoh kita panjang,
akan ada yang lebih istimewa menantimu sayang..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.
Bidadari mu ini akan menantimu walau bertahun lamanya 
terpaksa menunggu..



Thursday, January 12, 2012

His Birthday Is COming....

18 January 2012... 
My Honey Bucuk Birthday....

Tak sabar nak sambut dengan dia..
Hopefully everything gonna be OK..
Macam tahun lepas..semuanya musnah..
Ade je halangan yang mendatang ketika tu..
Ramai sangat yang menjadi halangan dalam perhubungan nie ketika tu..
Tapi alhamdulillah, berkat kesabaran, kepercayaan, kesungguhan aku dan dia...
Akhirnya sehingga kini kami masih bersama melalui ranjau-ranjau dan dugaan yang mendatang...
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah..

Emm...ape nak bagi kat dia ye??
Sampai sekarang tak fikir dan tak beli lagi hadian untuk dia..
Peperiksaan ni menyebabkan aku tak ada waktu untuk fikir semua tu..
Takpe lah...yang penting aku dapat sambut hari lahir dia sama-sama dengan dia..
Aku tak nak dia keseorangan masa hari lahir dia nanti..
InsyaAllah aku akan bersama dengan dia..
Kini, nanti dan insyaAllah selama-lamanya..
Segalanya dengan izin Allah Yang Maha Besar..

Lots of Love...
- Mohd Faiq Ashraf - 

Friday, January 6, 2012

Our song...


Dugaan apa ini???

Ya Allah...dugaan datang menimpa aku lagi..
Dugaan ape ini?
Sesungguhnya terlalu berat untuk aku hadapinya..
Adakah perasaan cinta dan sayang yang dilafazkan olehnya dulu telah pudar?
Adakah cinta dan kasih sayang yang aku hulurkan padanya kini sudah tiada maknanya?
Aku inginkan jawapan..
Aku inginkan penyelesaian pada masalah ini..
Sesungguhnya aku kini sudah tidak kuat untuk menempuhinya lagi..
Aku sudah terlalu lemah..
Terlalu lemah untuk semua ini..
Ya Allah..bantulah hamba-Mu yang lemah ini..
Aku perlukan petunjuk-Mu..
Aku perlukan pertolongan-Mu Ya Allah...
Sesungguhnya aku terlalu dan teramat menyintai dan menyayangi dirinya...
Hanya dia ---Mohd Faiq Ashraf---