Dah lama tak update blog...
Banyak peristiwa dan hal yang berlaku sepanjang sem ni di Universiti Teknikal Malaysia Melaka...
Bulan lepas, banyak sangat perkara yang menyayat hati berlaku...
13 Jun 2012...
Abah we, atok kepada kekasih hati ini(faiq ashraf) telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini..
Kemudian genap 7malam kenduri arwah,
Mak we,,
nenek dia pula menyusul langkah mengikuti suaminya yang telah pergi dulu seminggu sebelumnya..
Ya Allah,,walaupun aku masih tiada apa-apa kaitan atau hubungan apa-apa dengan mereka,
tapi aku selalu berjumpa arwah berdua,
singgah rumah arwah, berborak dengan arwah..
Aku jua terkena tempiasnya..
Aku sedih..Aku tak sangka..
Yang paling aku sedih,
Sehari sebelum arwah mak we pergi menghadap Ilahi.
arwah selalu memanggil-manggil namaku,,
Meminta aku buat itu ini untuknya..
Terkilan, sedih sangat...
Tapi Alhamdulillah,,aku berjasa sedikit untuk diri arwah..
Walaupun aku bukan siapa-siapa,
tapi aku berpeluang menjaga dirinya..
Terima Kasih Ya Allah...
Semoga kedua-dua arwah tenang di sana..
Dan di tempatkan di sisi Hamba-Mu yang beriman lagi soleh..
Al-Fatihah jua untuk kedua ibu bapaku yang telah 9 tahun pergi meninggalkanku,
menghadap Ilahi...
Semoga Mak dan Ayah bahagia dan tenang di sana..
Ayu sayang kalian semua...
sayang sangat-sangat...
Al-Fatihah...




0 comments:
Post a Comment